O w n e r; PENDOSA. BAKAL JENAZAH SUATU HARI NANTI. T a g b o a r d;
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back. :LEAVE FOOTPRINTS HERE:
H I S T O R Y; C R E D I T A S; Skins by IlliShuhada. Icon from Atiqah. All rights reserved 2013 © AINMASJURI. Thank you so much.
|
sLamat ari ibu
May 07, 2011 | 0 sweetheart{s} Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini. Sekurang-kurangnya peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan. Gugurnya Kelopak Itu... Tunas itu mula bercambah, Sekian lama tertanam di pelosok gentian, Menjalar robek sinar mentar, Walau halangan datang menerpa. Tunas itu mula berkembang, Kembangnya sekuntum mawar, Bagai si puteri bangkit beradu, Walau saingan menyerang tiba. Si mawar mula mewangi, Semerbak harum menusuk kalbu, Ayuan merah kelopak menawan, Lambaian hijau daunan menenang. Lembut tubuh bersalut duri, Membangkit cemburu iri sang flora, Menzahir gerun takut sang fauna, Hanya si kumbang gagah tiada gentar. Ibu dikaulah mawar itu, Yang kupujai tiap waktu, Yang kurindui wajahmu, Yang kukagumi ketabahanmu. Cekal hati mendidik daku, Sabar murni melayan kerenah anakmu, Tiada kedengaran sepatah keluhan, Tiada kelihatan setitip kemarahan. Kini mawar itu kian layu, Perlahan dimamah arus usia, Gugur sudah si ayu kelopaknya, Hilang sudah lambaian daunannya. Segamit memori ku kenangi, Setulus kasih ku dambai, Potret wajahmu ku tatapi, Sebuah kehilangan yang tiada ganti. I Luv U mommmmmmmm<3 Ingatan kpada Ibu Orang kata aku lahir dari perut ibu.. Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu Bila lapar, yang suapkan aku..ibu Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu! Bila bangun tidur, aku cari.. ibu Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu Bila nak bermanja… aku dekati ibu Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu Bila nakal, yang memarahi aku… ibu Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu Aku selalu teringatkan ..Ibu Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “ Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu Yang selalu berleter kat aku.. Ibu Yang selalu puji aku.. Ibu Yang selalu nasihat aku.. Ibu Bila nak kahwin.. Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu Aku ada pasangan hidup sendiri Bila seronok… aku cari pasanganku Bila sedih… aku cari Ibu Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku Bila berduka, aku peluk erat Ibuku Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada pasanganku Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu Selalu… aku ingat pasanganku Selalu… Ibu ingat kat aku Bila..bila… aku akan talipon pasanganku Entah bila.. aku nak talipon Ibu Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku Renungkan: Dulu Ibu kata: “Kalau kakak sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kakak kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”. Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Akan ku ingat pengorbanan yang ibu telah beri kepada ku .. I Luv U m0m !!ZAHARA BINTI ABD MALEK .. |