O w n e r; PENDOSA. BAKAL JENAZAH SUATU HARI NANTI. T a g b o a r d;
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back. :LEAVE FOOTPRINTS HERE:
H I S T O R Y; C R E D I T A S; Skins by IlliShuhada. Icon from Atiqah. All rights reserved 2013 © AINMASJURI. Thank you so much.
|
HAPPY TEACHER'S DAY
May 16, 2011 | 0 sweetheart{s} BERBURU ke padang datar Dapat rusa belang kaki Berguru kepala ajar Ibarat bunga kembang tak jadi (dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta) Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara. Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulangi ilmu Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat. USMAN AWANG 1979 Dia Seorang Guru Tua Dia seorang guru tua sebuah sekolah terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganjaran upah tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah yang mengangkat harga diri dan maruah dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah dengan kelkhlasan had dan pasrah dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah. Dia seorang guru pengganti ayah ibu dia seorang guru pembentuk generasi baru dia seorang guru pembina insan sepadu dia seorang guru pewaris tamadun ilmu yang terus hidup sepanjang waktu diimbau berbunyi dilihat bertemu. Ismail Haji Adnan 1989 Cikgu, guru itulah panggilan yang diberikan kepadamu Kau mendidik anak bangsamu dengan ketulusan hatimu Kau berdedikasi untuk mengajarkan yang terbaik Untuk melahirkan anak didik yang boleh berjaya suatu hari nanti Guru, kau seorang insan yang teristimewa Baktimu kalahkan bak gunung Everest Jasamu tidak ternilai harganya Kau bak sebatang lilin yang sering menyinari kegelapan muridmu Guru, betapa kau dihormati oleh segala lapisan masyarakat Tugasmu begitu mencabar dan jiwamu begitu kental Setiap hari kau akan berdepan dengan pelbagai cubaan Namun rintangan yang mendatang kau dapat menangkisnya Guru, kau seorang yang tegas dan berwibawa Ketabahanmu membuat kau sentiasa redha Kau berkaliber dan berhati mulia Kau sering dijadikan cermin oleh anak didikmu Guru, kau seorang yang bersemangat waja Kesabaranmu membuat kau betah untuk meneruskan perjuanganmu Demi membela anak bangsamu untuk maju ke hadapan Kau sememangnya seseorang yang patut dihargai Semoga Hari Guru ini akan membuat kau bahagia dan gembira Doaku agar kau sekalian diberi rahmat dan hidayah dari Illahi Dengan melaksanakan tugasmu sebagai seorang guru Teruskanlah perjuanganmu, wahai insan yang bergelar GURU... Nazariah Nasir SEKAPUR SIREH BUATMU GURU Guru, Engkaulah penyuluh hidup anak bangsa, Yang bisa menerangi dengan cahaya ilmu, Yang bisa mencoret dengan keluhuran budimu, Yang bisa membentuk dengan kasih sayangmu, Engkaulah insan istimewa. Guru, Engkau bak mentari menyinari siang, Engkau bak bulan menerangi malam, Cahayamu menerangi jiwa anak-anak merdeka! Cahaya kejayaan seorang pendidik berwibawa, Engkau insane gemilang. Guru, Tanpamu tiadalah anak bangsa, Yang bisa mencorakkan Negara, Engkau mendidik kami ke arah kebenaran, Membentuk bangsa yang berwawasan, Engkau insane cemerlang. Guru, Engkaulah lilin menerangi kegelapan, Menerangi cahaya kejahilan di hati kami, Membentuk sanubari yang suci murni, Mendidik kami menjadi sejati, Engkau insane terbilang. Guru, Sekuntum terima kasih kami berikan, Sebagai mengharumkan hatimu yang suci, Setelah mendidik kami dengan sepenuh hati, Menjadi insane bijak bestari, Engkau pencetus evolusi kami, Terima kasih guru! Ahmad Abid Khairuddin = Aq ta tau nk post pe ,so aq copy paste je larhhhh kt google kayyy ..papayyyyyyyyyyy |